23 Feb 2025 | Petronas Gopeng | On Route Ipoh ~ Shah Alam
Dari Ipoh, saja ikot jalan lama untuk balik ke Shah Alam. Stop over di Petronas Gopeng untuk refuel. Sempat bertegur sapa dengan bikers bikers yang kebetulan sedang singgah untuk refuel juga.





























Brader Beemer dengan wife dari Dannok kata nya perjalanan pulang ke Shah Alam kalau tak silap saya. Ada bertanya nama tapi as usual.. faktor umur garenti ingat tak ingat lebih lupa. Juga xmax dan kapcai rider nak ke Gopeng dari Kuala Lumpur.. sempat beri kad saya pada dia orang untuk tuju ke blog ini kalau nak gambar.
Saya post blog yang ini dahulu sebab, ride ke Loken.. gambor banyak sangat.. ambil masa sikit nak edit.
Selepas Gopeng, orang Perak kata Gopen, saya terus ke Kampar nak cari makan.. jupa lah kedai Laksa Sarang. Pendek cerita camni lah…. 1st time dalam sejarah hidup… makan laksa tak habis.., peniaga kena banyak improve.. Laksa buat sendiri.. keras.., kuah coroi ( cayor kata orang Perak) rasa entah … dan tak berapa panas. In short “FAIL” , kalau lalu Kampar lagi… saya tak lah nak repeat. Harap peniaga/pekedai buat lah perubahan.
Mural di Kampor..
Lepas Kampor, saya ke Tapah.. singgah di Masjid favorit kalau lalu sini.. selesai di masjid.. saya terus marathon balik romah.. sekian.
Loken nanti kejap.
Comments
Post a Comment